← Back to list
Belanjawan 2019 dijangka bersifat inklusif.
Nov 01, 2018
Belanjawan 2019 dijangka bersifat inklusif dan memberi manfaat kepada majoriti rakyat Malaysia.
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata ianya akan menyumbang ke arah usaha mewujudkan ekosistem yang membantu mempertingkat ekonomi negara.
Belanjawan pertama kerajaan Pakatan Harapan akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, esok.
Barisan Nasional akan dijenama semula atau bertukar nama.
Barisan Nasional akan dijenamakan semula atau bertukar nama kerana nama itu tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.
Foto: The Star
Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak mustahil gabungan berkenaan diberi nama lain bagi mengukuhkan kedudukan parti komponennya.
Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas akan bertemu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti.
MARA akan teruskan Skim Pinjaman Pelajaran.
Majlis Amanah Rakyat akan teruskan Skim Pinjaman Pelajaran kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Buat masa ini, MARA menerima bajet RM2 billion bagi biayai 65,000 pelajar di dalam dan luar negara bagi tahun ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather