← Back to list
Pakatan Harapan bentangkan Belanjawan negara buat kali pertama!
Nov 02, 2018
Bantuan Sara Hidup diteruskan dan ditambahbaik!
Foto - Astro Awani
Belanjawan 2019 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan tema Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera
Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup kepada B40.
Bagi isi rumah B40 berpendapatan RM2000 sebulan akan terima bantuan RM1000 mulai Januari 2019, pendapatan RM2001-RM3000 akan terima RM750.
Pendapatan RM3001-RM4000 akan dapat bantuan RM500.
Kadar bantuan RM120 bagi setiap anak berusia 18 tahun ke bawah dan anak OKU tiada had umur.
---
Berita gembira buat penjawat awam!
Foto - Astro Awani
Kerajaan umum bayaran khas 500 ringgit kepada semua pegawai gred 54 dan ke bawah.
Sementara itu, bayaran khas 250 ringgit pula akan diberikan kepada pesara.
Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng , bayaran tersebut yang akan disalur sebelum hujung tahun ini.
---
Kenaikan tol lebuhraya dalam bandar dibekukan!
Foto - Astro Awani
Kerajaan turut mengumumkan pembekuan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar pada tahun depan
Tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor juga dimansuhkan mulai 1 Januari 2019.
Dan, bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, Kerajaan perkenal pas bulanan 100 ringgit tanpa had perjalanan, meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.
---
Subsidi RON95 bersasar!
Foto - Astro Awani
Selain itu, kerajaan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta dan 40 liter bagi motosikal.
Subsidi minyak secara bersasar ini akan diberi kepada individu sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather