← Back to list
Mata wang kripto mungkin akan diperkenalkan di Malaysia pada masa akan datang.
Nov 16, 2018
Mata wang kripto mungkin akan diperkenalkan di Malaysia pada masa akan datang!
Jelas Perdana Menteri, kerajaan akan pertimbangkan cadangan itu memandangkan bank pusat di seluruh dunia juga mungkin akan laksanakan pengeluaran mata wang digital tersebut.
Namun, tambah Tun M, perbincangan dengan Bank Negara mengenai perkara itu masih belum dibuat memandangkan ianya tidak sah digunakan di Malaysia.
Jangan tertipu dengan iklan palsu yang guna nama dan logo Perkeso.
Orang ramai diminta agar berwaspada dengan iklan palsu di media sosial yang menawarkan pinjaman mikro menggunakan nama serta logo Perkeso.
Tegas Perkeso, pihaknya tidak pernah tawarkan pinjaman itu kepada pengguna dan telah mengesan satu akaun Facebook yang melakukan penipuan tersebut.
Anak tetak bapa kerana dilarang guna motosikal.
Gara-gara tidak dibenarkan untuk menggunakan motosikal, seorang anak tergamak menetak bapa kandungnya berusia 90 tahun dengan parang.
Hasil siasatan polis mendapati, suspek positif dadah jenis Methamphetamine.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather