← Back to list
SPR Ambil Masa 14 Hari Berhubung Kekosongan Dun Rantau
Nov 16, 2018
SPR akan ambil masa 14 hari, sebelum umumkan secara rasmi kekosongan kerusi DUN Rantau.
Ini kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan mempunyai tempoh tersebut, untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah, yang membatalkan kemenangannya pada PRU 14.
Sementara itu, Presiden UMNO Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Tok Mat akan pertahankan kerusinya, jika pilihanraya kecil kawasan itu diadakan.
Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi Ramli pula nafi berminat untuk bertanding di PRK tersebut
Wang Jaminan Lim Guan Eng Serah Kepada Tabung Biasiswa
Wang jaminan 1 juta ringgit membabitkan dua kes rasuah babitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan didermakan kepada program biasiswa di Pulau Pinang.
DAP berkata wang tersebut akan digunakan sebagai insentif kepada golongan muda untuk menyambung pelajaran.
Tambahnya, setakat ini sekurang-kurangnya 300 pelajar mendapat manfaat dari biasiswa itu.
Bekas Menteri, Tan Sri Zainuddin Maidin Kritikal
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dilaporkan kritikal di ICU Hospital Putrajaya.
Menurut Utusan, beliau berada kritikal berikutan serangan jantung kali kedua.
Tan Sri Zainuddin dimasukkan ke hospital Selalu, selepas terjatuh di rumah kerana paru-parunya lemah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather