← Back to list
50 maut, 80 yang lain cedera dalam letupan di Kabul.
Nov 21, 2018
Letupan di Kabul akibatkan 50 maut!
Foto - Astro Awani
50 orang terbunuh manakala 80 lagi cedera dalam satu letupan di ibu negara Afganistan, Kabul.
Serangan itu menyasarkan perhimpunan Majlis Ulama di sebuah dewan perkahwinan sempena sambutan Maulidur Rasul.
Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas insiden berani mati itu.
Serangan itu merupakan antara yang paling dahsyat menimpa Kabul sejak beberapa bulan lalu.
---
Perhimpunan bantah ICERD dibenar selagi patuh undang-undang
Foto - Astro Awani
Perhimpunan bantah cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum, ICERD boleh diadakan.
Kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan tiada halangan asalkan ia mematuhi undang-undang.
Tan Sri Muhyiddin juga menasihatkan tiada sebarang provokasi dilakukan semasa perhimpunan itu yang dijadual berlangsung pada 8 Disember nanti.
Perhimpunan raksasa diberitakan akan melibatkan Ahli PAS dan UMNO.
---
Video viral marah promoter arak, lelaki minta maaf
Lelaki yang berkelakuan biadap ke atas seorang gadis promoter minuman keras di sebuah pasar raya akhirnya tampil mohon maaf.
Dia memaklumkan kesal akan perbuatannya dan akan bertemu sendiri dengan mangsa untuk mohon maaf secara peribadi.
Rakaman kejadian dimuat naik sendiri oleh lelaki tersebut baru-baru ini yang kemudian menjadi viral dan mendapat kecaman orang ramai.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pendidikan minta orang ramai berhenti sebar gambar anak suspek sebab ia boleh cetus isu keselamatan termasuk mungkin jadi mangsa buli di sekolah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather