← Back to list
Datuk Seri Najib Akui Jho Low Tidak Amanah
Nov 22, 2018
Datuk Seri Najib Tun Razak akui, Jho Low terlibat dalam urusan perniagaan 1MDB dan melakukan pernipuan sehingga syarikat berkenaan terpalit dengan kontroversi.
Tegas bekas Perdana Menteri itu, Jho Low perlu dikenakan tindakan undang-undang jika terbukti dia terbabit dalam aktiviti pecah amanah.
Pada 20 September lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Papan Tanda Akan Dikaji Semula
Kerajaan akan mengkaji semula polisi lama dan mengeluarkan peraturan yang lebih tegas berhubung penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda jalan.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, langkah itu perlu dilakukan kerana penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda iklan telah lama ditetapkan.
Terdahulu, Sultan Selangor bertitah agar semua papan tanda jalan di Shah Alam yang mempunyai dua bahasa ditukar kepada hanya kepada tulisan Bahasa Malayu.
Bukan Kali Pertama Keputusan UPSR Lambat Diumumkan
Keputusan UPSR dikeluarkan semasa cuti persekolahan bukan kali pertama dilakukan Lembaga Peperiksaan.
Kementerian Pendidikan memaklumkan, kelewatan ini disebabkan peperiksaan UPSR tahun ini lewat dua minggu berbanding tahun lalu.
Oleh itu, calon UPSR boleh mendapatkan keputusan mereka Khamis depan, jam 10 pagi.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather