← Back to list
Datuk Mohamaddin Ketapi sedia disiasat SPRM.
Nov 23, 2018
Menteri Pelancongan Seni, Budaya dan Pelancongan, Datuk Mohamaddin Ketapi sedia disiasat SPRM!
Ini selepas kementeriannya didakwa memberi kontrak secara terus dengan adanya campur tangan daripada anak beliau.
Bagaimanapun, Datuk Mohamaddin menjelaskan dakwaan tersebut sengaja diada-adakan dan menteri di bawah kerajaan PH bertindak telus dalam isu melibatkan tender kerajaan.
Jumlah aset Datuk Ngeh Koo Ham paling tinggi dalam Pakatan Harapan.
Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham isytiharkan asetnya bernilai hampir RM76 juta, paling tinggi dalam kalangan wakil rakyat PH!
Foto: Malaymail
Di kedudukan kedua ialah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri dengan nilai lebih RM32 juta.
Kes kanak-kanak maut minum susu campur ubat batuk palsu.
Kes 4 kanak-kanak maut akibat diberi minum susu bercampur ubat batuk yang viral di media sosial adalah palsu!
Foto: Kosmo
Polis Pahang berkata sebaliknya video itu adalah berkaitan kes tangkapan seorang wanita di Bera membabitkan kes curi.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather