← Back to list
Pelajar U antara paling ramai jadi alat sindiket penipuan komersil di Selangor
Nov 25, 2018
Polis Selangor dedah pelajar universiti antara paling ramai jadi alat sindiket penipuan komersil di negeri itu.
Ia ekoran tindakan mereka membenarkan nama digunakan untuk buka akaun bank bagi tujuan penipuan seperti 'Macau Scam' gara-gara mahu wang cara mudah dan cepat.
Kebiasannya penuntut universiti yang terlibat diberi RM2,500 apabila membenarkan nama mereka digunakan untuk tujuan itu.
-
Polis akan panggil penganjur Himpunan Tuntut Janji PTPTN yang diadakan di ibu kota semalam untuk beri keterangan.
Ujar polis, ia disebabkan himpunan yang disertai mahasiswa itu telah melakukan kesalahan mengikut Akta Perhimpunan Aman.
Terdahulu, PTPTN mohon maaf kerana tidak mampu tunai janji Pakatan Harapan berkenaan penangguhan bayaran balik bagi peminjam bergaji bawah RM4,000.
-
Seorang pramugara warga Malaysia dihukum penjara setahun selepas didapati bersalah jadi keldai wang hasil aktiviti haram.
Dia dilapor seludup wang tunai lebih RM800,000 hasil aktiviti haram dalam penerbangan di UK.
-
Seorang pengasuh sebuah taska di Kajang, Selangor ditahan berkaitan kes dera.
Ia bagi bantu siasatan kes 2 bayi cedera dipercayai didera ketika dalam jagaan taska berkenaan yang kejadiannya dilapor turut dirakam CCTV premis tersebut.
-
Izzue Islam akhirnya berdamai dengan Forteen selepas mereka dipertemukan dalam satu majlis semalam.
Namun Izzue memaklumkan, dia tetap dengan pendiriannya untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.
Dia dan 3 rakannya dalam Forteen turut minta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather