← Back to list
Waspada dengan klinik gigi yang tawarkan khidmat pemutihan gigi tanpa kebenaran.
Nov 26, 2018
Kementerian Kesihatan akan ambil tindakan terhadap dakwaan wujud klinik pergigian yang tawarkan khidmat pemulihan gigi tanpa kebenaran.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia dikhuatiri mengundang risiko kesihatan kepada orang ramai.
Foto: Sinar Harian
Bagaimanapun, setakat ini pihaknya belum terima aduan yang membahayakan kesihatan.
Sekolah baru akan dilengkapi kemudahan mesra OKU.
Setiap sekolah baru yang dibina oleh kerajaan selepas ini bakal dilengkapi dengan kemudahan mesra OKU!
Foto: NSTP
Malah Kementerian Pendidikan juga akan naik taraf sekolah sedia ada agar persekitarannya kondusif buat warga OKU.
Setakat ini, kira-kira 82,000 pelajar yang memerlukan keperluan khas yang berdaftar dalam sistem Kementerian Pendidikan.
Rakyat Terengganu bebas cukai pintu tahun depan.
Rakyat Terengganu tidak perlu lagi membayar cukai pintu bagi semua premis kediaman tahun depan!
Foto: Malaymail
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut maklumkan semua cukai tertunggak juga akan dihapuskan bagi mengurangkan beban rakyat negeri itu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather