← Back to list
Elakkan makan sayur ‘romaine lettuce’ yang diimport dari Amerika Syarikat kerana dicemari bakteria.
Nov 27, 2018
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak makan sayur ‘romaine lettuce’ yang diimport dari Amerika Syarikat kerana dicemari bakteria.
Kementerian Kesihatan berkata jika ada gejala keracunan makanan, pengguna perlu segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan.
Setakat ini, seramai 32 orang di Ameria Syarikat jatuh sakit akibat memakan sayur yang tercemar itu.
Berhati-hati kongsi maklumat mengenai insiden di kuil di USJ 25, Putra Heights.
Waspada dengan setiap maklumat yang anda kongsikan di media sosial mengenai insiden di kuil di USJ 25, Putra Heights.
Ini kerana tegas Menteri Dalam Negeri, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian dan keamanan negara.
Jelas Muhyiddin lagi, polis telah pun diminta siasat kejadian itu secara terperinci dan mereka yang melanggar undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan.
Setakat ini, 17 individu telah ditahan berhubung insiden tersebut bagi membantu siasatan.
Pemandu e-hailing perlu daftar lesen PSV mulai tahun depan.
Bermula Januari depan, semua pemandu e-hailing diwajibkan untuk daftar lesen Kenderaan Pengangkutan Awam, PSV seperti pemandu teksi lain.
Kementerian Pengangkutan berkata pemandu diberi tempoh sehingga 12 Julai depan untuk selesaikan pendaftaran lesen termasuk mengikuti kursus PSV.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather