← Back to list
PTPTN sedia dengar rayuan peminjam.
Dec 07, 2018
Foto - Astro Awani
PTPTN sedia dengar rayuan peminjam yang perlukan pertimbangan khas berhubung kaedah bayaran balik pinjaman menerusi skim Potongan Gaji Berjadual, PGB!
Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata pihaknya ambil maklum pandangan dan cadangan yang disuarakan peminjam berhubung skim tersebut yang disifatkan bertentangan dengan Perjanjian Pinjaman yang telah ditandatangani.
Terdahulu, PTPTN ambil langkah perkenalkan skim PGB bagi memastikan pihaknya dapat membantu generasi akan datang melanjutkan pengajian ke IPT.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beri jaminan akan membawa isu PTPTN pada mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.
---
Foto - Astro Awani
Pelajar Tingkatan 1 hingga 3 akan dibenarkan bawa tablet ke sekolah mulai tahun depan jika diizinkan ibu bapa!
Tablet itu akan digunakan untuk mengakses buku teks digital yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan bagi kurikulum tahun 2019.
Timbalan Menteri Pendidikan berkata setakat ini kerajaan belum ada perancangan untuk bekalkan perlatan elektronik kepada pelajar untuk mengakses buku teks digital itu.
---
Foto - Astro Awani
Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki dera anak sampai mati.
Mangsa berusia 10 tahun meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Serdang, Selangor dengan kesan cedera dan lebam pada seluruh badan.
Bedah siasat kemudian mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan berganda dipercayai kerana dipukul objek tumpul.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather