← Back to list
Tunggu laporan bedah siasat dahulu!
Dec 20, 2018
Tunggu laporan bedah siasat!
Foto - Astro Awani
Punca kematian Muhammad Adib akan diumumkan nanti.
Timbalan Menteri Kesihatan berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat anggota bomba yang cedera dalam insiden kekecohan di Subang Jaya bulan lalu.
Dr Lee Boon Chye berkata demikian selepas seorang peguam dilapor mempersoal punca kematian Adib di laman sosial.
Foto - Astro Awani
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melantik pegawai psikologi untuk memberikan sokongan moral kepada keluarga Muhammad Adib terutamanya ibu Allahyarham.
Menurutnya, ia bagi memastikan emosi mereka stabil sekaligus dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini.
---
Tun M belum buat keputusan berhubung P Waytha Moorthy.
Foto - Astro Awani
Perdana Menteri masih belum putuskan sama ada P Waytha Moorthy perlu meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti yang digesa sesetengah pihak!
Pihak-pihak terbabit mendakwa Waytha Moorthy gagal mengendurkan isu ketegangan kaum berhubung rusuhan di sebuah kuil bulan lalu.
Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan sama ada ingin mengekalkan Waytha Moorthy atau tidak adalah hak beliau sebagai Perdana Menteri.
Pada masa sama Tun M akui berpuas hati dengan prestasi Menteri Perpaduan itu setakat ini.
---
Murid tahap satu tiada peperiksaan mulai 2019!
Foto - Astro Awani
Tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun untuk murid tahap satu!
Ia bermakna bermula bulan depan, murid tahun 1 hingga 3 akan nikmati keadah pembelajaran secara didik hibur yang bertujuan galak dan asah potensi diri.
Ia juga membolehkan ibu bapa mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak seterusnya menentukan bentuk sokongan yang boleh diberikan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather