← Back to list
Syed Saddiq Sedia Diambil Tindakan
Dec 23, 2018
Saya sedia dikenakan tindakan.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beri kenyataan tegas itu ekoran pendirian beliau desak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy letak jawatan.
Ahli Jawatakuasa Eksekutif Pusat DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri 2, Pulau Pinang, Dr P Ramasamy dakwa pendirian itu pertikai kebijaksanaan PM.
Namun Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Armada BERSATU itu tegaskan, beliau masuk politik bukan untuk jadi pak turut dan mendiamkan isu dibangkitkan rakyat.
Kerajaan Kelantan Tarik Balik Saman Royalti Minyak
Kerajaan Kelantan telah arah peguamnya tarik balik saman isu royalti minyak terhadap kerajaan pusat dan Petronas kira-kira 2 bulan lalu.
Namun pihaknya tidak pasti adakah peguam mereka sudah memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada kerajaan.
Sebelum ini kerajaan PH memaklumkan, isu bayaran royalti minyak kepada negeri itu belum dimuktamad kerana masih tunggu pengesahan penarikan balik saman tersebut.
Budak-Budak Sekolah Dapat Bantuan RM100
Kerajaan beri bantuan 100 ringgit kepada setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 daripada keluarga berpendapatan bawah 3 ribu ringgit sebulan.
Menurut Kementerian Kewangan, bantuan itu bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang tanggung ibu bapa atau penjaga.
Wang berkenaan akan mula diagih menerusi pihak sekolah bulan depan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather