← Back to list
Orang ramai perlu jadi mata dan telinga kerajaan.
Dec 24, 2018
Selasa depan penguatkuasaan larangan merokok di semua premis makanan bermula!
Justeru, Kementerian Kesihatan seru orang ramai berkerjasama jadi mata dan telinga pihaknya agar peraturan itu dapat dilaksanakan dengan baik.
Foto: Berita Harian
Aduan berkenaan pelanggaran peraturan itu boleh disalur ke talian hotline Kementerian Kesihatan.
Lebih 9,300 pelajar berjaya ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh di seluruh negara bagi sesi 2019.
Kementerian Pendidikan berkata 52 peratus daripada calon bekenaan adalah pelajar-pelajar berpotensi daripada golongan B40.
Foto: The Malaysian Times
Jelasnya, pengambilan kali ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada golongan B40 untuk memperoleh kemudahan pendidikan yang lebih baik.
2 anggota Seventeen dilapor antara yang terkorban dalam tsunami.
2 anggota kumpulan popular Indonesia, Seventeen dilapor antara yang terkorban dalam tragedi tsunami di Teluk Sunda.
Seorang lagi anggota kumpulan itu masih hilang.
Khabar menyayat hati itu dikongsi vokalis Seventeen, Ifan yang turut memaklumkan isterinya juga masih belum dijumpai.
Sehingga kini angka korban sudah melebihi 220 orang manakala lebih 840 cedera.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather