← Back to list
Tambang bas sekolah tidak akan naik.
Dec 31, 2018
Tambang bas sekolah tidak akan naik!
Itu jaminan yang diberikan oleh Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia ekoran penetapan harga jualan runcit petroleum secara mingguan bermula esok.
Pihaknya juga mohon semua pihak termasuk pengusaha agar tidak ambil kesempatan susulan pelaksanaan apungan harga minyak itu.
Sementara itu, Perdana Menteri akan bertemu Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia hari ini.
Jelas Tun M, ia bagi membincangkan kebimbangan persatuan itu selepas sistem apungan harga minyak secara mingguan.
Polis buru lelaki ganggu kanak-kanak di masjid.
Polis giat buru seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang cuba ganggu seorang kanak-kanak di sebuah masjid di Gombak.
Foto: Utusan
Menerusi video kejadian yang viral di media sosial itu, kanak-kanak itu sempat diselamatkan oleh ibunya dan suspek kemudiannya beredar daripada tempat kejadian.
Beberapa jalan di Putrajaya ditutup sempena sambutan ambang tahun baru.
Tujuh jalan di Presint 2 dan 3 Putrajaya akan ditutup mulai jam 4 petang ini hingga 2 pagi esok sempena sambutan ambang tahun baru 2019.
Foto: Kosmo
Sementara itu, Rapid KL juga lanjutkan waktu perkhidmatan stesen rel dan laluan basnya yang terpilih hingga jam 2 pagi esok bagi memudahkan orang ramai.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather