← Back to list
2018 Menutup Tirai Dalam Keadaan Paling Menyayat Hati Buat Sepasang Suami Isteri
Dec 31, 2018
Orang ramai tidak perlu risau dengan harga minyak juga bekalannya buat beberapa hari ini.
Ini kerana Kementerian Kewangan mengumumkan harga bahan api itu untuk semua kategori kekal buat masa ini.
Sementara itu pemeriksaan mendapati stok petrol dan diesel di stesen minyak di kawasan lebuh raya mencukupi.
Kerisauan timbul apabila Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia memaklumkan mungkin berlaku masalah kekurangan bekalan pada tahun baru nanti.
Situasi itu disebabkan pengusaha stesen enggan tambah bekalan ketika harga mahal kerana tidak mahu menjualnya pada harga rendah semasa harga bahan api itu turun.
Kerajaan rancang meneruskan kaedah penentuan harga minyak secara mingguan tapi kini ia tergantung kerana isu berbangkit berkenaan.
Perkara tersebut dijangka dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, Rabu nanti.
-
Tirai 2018 berlabuh dalam keadaan paling menyayat hati buat sepasang suami isteri.
Ketiga-tiga anak mereka berusia 5 hingga 10 tahun pergi dengan sekelip mata akibat lemas dihanyutkan ombak besar dalam kejadian di Pantai Teluk Gedung, Dungun, Terengganu
Mayat pertama dijumpai kira-kira jam 7.00 pagi tadi dan yang terakhir kira-kira jam 11.00 pagi.
-
MARA sediakan Skim Budi untuk murid daripada keluarga miskin (B40) yang belajar di MRSM dan penerimanya akan dapat elaun bulanan dan bantuan kit persekolahan.
-
6 lelaki didenda RM2,000 seorang selepas mengaku salah belasah seorang pemandu bas di R&R Gambang, Kuantan yang videonya kejadian tular baru-baru ini
*foto kredit KOSMO
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather