← Back to list
Sabah kuatkuasakan larangan merokok di tempat makan mulai 1 Feb ini.
Jan 10, 2019
Larangan merokok di semua tempat makan di Sabah akan berkuatkuasa mulai 1 Februari ini.
Keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah semalam.
Dalam pada itu, kerajaan tidak akan berganjak daripada penguatkuasaan arahan itu biarpun ditentang oleh golongan perokok tegar!
Malah, tegas Menteri Kesihatan, ianya akan dikuatkuasakan dengan lebih baik demi menjamin kesihatan golongan bukan perokok.
Tarif air di Johor tidak akan dinaikkan buat masa ini.
Menurut kerajaan negeri, tiada keperluan berbuat demikian sebab ia baru dinaikkan pada 2015.
Manakala Pulau Pinang dijangka aikkan kadar tarif air sehingga 20 peratus mengikut kumpulan pengguna.
Bagi Negeri Sembilan dan Perak pula, pihaknya mahu adakan perbincangan lanjut dengan SPAN berhubung keperluan dan kewajaran berbuat demikian.
Bayi meninggal dunia di rumah pengasuhnya.
Bayi 7 bulan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala dipercayai ketika dalam jagaan pengasuhnya di Setapak, KL.
Ibu bapa bayi lelaki berkenaan mendakwa mangsa berada dalam keadaan sihat semasa dihantar ke rumah pengasuh dan polis sedang siasat kes tersebut.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather