← Back to list
UiTM Kekal Untuk Anak Melayu & Bumiputera
Jan 11, 2019
UiTM kekal khas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera sahaja, dan TIDAK akan dibuka kepada bukan bumiputera.
Naib Canselor Professor Datuk Dr Hassan Said jelaskan, UiTM jadi pilihan utama pelajar melayu dan bumiputera terutama dari kawasan luar bandar dan pendalaman.
Dr Hassan mengulas kenyataan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Asrhad Ayub yang berpendapat UiTM wajar dibuka kepada pelajar bukan bumiputera dalam pengajian Sarjana.
Jabatan Perumahan Negara Nafi Keluarkan Notis Kontrak Secara Pilihan
Jabatan Perumahan Negara berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan Notis Kontrak Secara Pilihan.
Ia turut menafikan kononnya terdapat notis kontrak pembangunan dan pembinaan secara terpilih termasuk rumah mampu milik yang dikeluarkannya
Oleh itu orang ramai diminta melaporkan kepada polis sekiranya terdapat notis atau surat tawaran berunsurkan penipuan seumpama itu.
Sistem eNTRI Dilanjutkan Sehingga Hujung Tahun Ini
Sistem eNtri atau Electronic Travel Registration and Information untuk pelawat China dan India dilanjutkan selama setahun sehingga 31 Disember ini.
Kementerian Dalam Negeri berkata sistem itu sedang dalam proses penambahbaikan dan dijangka beroperasi sepenuhnya Selasa depan.
Sistem ini merupakan kemudahan tanpa visa bagi pelawat China dan India untuk memasuki Malaysia atas tujuan melancong dalam tempoh 15 hari.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather