← Back to list
34 Cedera Gara-Gara Mercun
Jan 22, 2019
Berita Pilihan Pagi Ini
34 orang cedera akibat terkena letupan mercun yang dibakar beberapa individu ketika sambutan Thaipusam di Batu Caves, Selangor malam tadi.
Kejadian berkenaan juga menyebabkan 3 kenderaan rosak.
Susulan itu polis tahan 2 lelaki bersahabat untuk siasatan.
-
Penggunaan aset kerajaan untuk raih undi dalam kempen pilihan raya adalah salah.
Tegas SPR, pihaknya ambil serius perkara itu yang didakwa berlaku dalam kempen PRK Parlimen Cameron Highlands yang berlangsung ketika ini.
SPR juga mengingatkan, aktiviti seperti menjamu makan, pemberian hadiah dan barangan, serta memainkan sensitiviti bangsa dan agama adalah dilarang.
-
Pertemuan Perdana Menteri dengan Canselor Republik Austria, Sebastian Kurz semalam cipta sejarah kerana ia pertemuan antara pemimpin tertua dan termuda di dunia.
Tun Dr Mahathir Mohamad berusia 94 tahun, manakala Kurz yang menang pilihan raya negaranya tahun lalu baru berusia 33 tahun!
-
Mesej tular mengatakan bahawa remaja bawah umur sudah tidak dibenar keluar rumah selepas jam 10 malam adalah palsu.
*foto YouTube
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather