← Back to list
Tahap pendidikan minimum yang diwajibkan di negara ini mungkin akan dinaikkan kepada tingkatan 5.
Jan 28, 2019
Kerajaan akan kaji semula Akta Pendidikan untuk wajibkan murid lengkapkan persekolahan dari darjah satu hingga tamat SPM.
Menurut Kementerian Pendidikan, jika akta mengenainya diluluskan, ibu bapa dan penjaga yang gagal pastikan anak-anak bersekolah boleh dikenakan denda dan penjara.
Ketika ini, Akta Pendidikan hanya mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari darjah 1 sehingga darjah 6 sahaja.
Kabinet akan buat pengumuman rasmi mengenai status projek ECRL minggu ini.
Sehingga waktu itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berharap tiada berita tidak berasas dan spekulasi ditimbulkan.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali baru-baru ini umum pembatalan projek terbabit, lebih awal daripada pengumuman rasmi yang dirancang dibuat kerajaan.
Program Ziarah Cakna dilancarkan hari ini.
Majlis pelancaran program Ziarah Cakna peringkat nasional oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan berlangsung hari ini di Kluang, Johor.
Program itu adalah inisiatif kementerian dalam memperluaskan konsep sekolah penyayang di seluruh negara melalui aktiviti ziarah ke rumah pelajar.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather