← Back to list
Kerajaan belum rancang untuk wujudkan kawasan khas merokok.
Jan 30, 2019
Kerajaan belum berhasrat untuk wujudkan kawasan khas merokok seperti yang dilaksanakan di beberapa negara.
Kementerian Kesihatan berkata cadangan itu hanya akan tambah sekatan kepada perokok berbanding arahan dibenarkan merokok tiga meter dari kawasan larangan yang dilaksanakan ketika ini.
Tambahnya, kawasan larangan merokok ketika ini sebenarnya tidak sampai satu peratus daripada kawasan yang dibenarkan merokok.
Angkasa perkenalkan program Barang Asas 100.
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia akan perkenalkan program Barang Asas 100, bermula Mei ini.
Melalui program itu, harga yang ditawarkan bagi barangan terpilih dijual lebih murah, antara 10 hingga 20 peratus berbanding harga pasaran.
Buat masa ini, kira-kira 3,000 kedai serbaneka di seluruh negara telah dikenalpasti sebagai outlet menjelang perlaksanaan program itu.
Pahang umum cuti peristiwa esok.
Pahang umum cuti peristiwa esok sempena istiadat lafaz sumpah Sultan Pahang menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Saksikan Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 secara langsung jam 10 pagi esok di Astro Awani saluran 501.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather