← Back to list
Wisma Putra Usaha Bawa Balik Rakyat Malaysia Kandas Di Kemboja
Feb 08, 2019
Wisma Putra sedang berusaha untuk membawa pulang kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja sejak 11 Disember lalu.
Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, buat masa ini kerjasama daripada kerajaan Kemboja amat baik dan kesemuanya juga berada dalam keadaan selamat.
44 daripada 47 rakyat yang ditahan itu merupakan anak muda dari Sarawak.
Filipina Siasat Isu Jalur Gemilang Di Bakar!
Kedutaan Filipina berkata kerajaan negara itu sedang menyiasat kejadian Jalur Gemilang dibakar oleh seorang individu di sana.
Jelasnya, individu itu pernah melakukan beberapa tindakan kontroversi sebelum ini, dan insiden yang terbaru itu tidak mencerminkan kedudukan Filipina.
Kedutaan Filipina turut melahirkan rasa kesal terhadap insiden itu yang mencetus kemarahan warga Msia, selepas video kejadian itu viral di media sosial.
Majoriti Peniaga Patuh Peraturan Kawalan Harga
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna berkata rata-rata peniaga mematuhi kawalan harga sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina.
Jelasnya, lebih 26 ribu premis diperiksa namun hanya sekitar 240 premis didapati melanggar peraturan itu.
Antara kesalahan paling banyak direkodkan adalah kegagalan peniaga meletakkan tanda harga khas bewarna merah jambu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather