← Back to list
Inkues punca kematian Muhammad Adib bermula hari ini.
Feb 11, 2019
Inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan bermula hari ini.
30 saksi termasuk enam doktor yang merawat Adib dijangka dipanggil untuk memberikan keterangan.
Adib meninggal dunia selepas parah dalam rusuhan di sebuah kuil USJ 25 November tahun lalu.
Kehilangan budak perempuan 11 tahun di Pekan, Pahang berakhir tragedi!
Misteri kehilangan kanak-kanak perempuan 11 tahun di Pekan, Pahang sejak 30 Januari lalu berakhir dengan penemuan mayat dalam keadaan tragis!
Susulan penemuan itu, seorang lelaki warga asing ditahan dipercayai individu terakhir dilihat bersama mangsa sebelum dilaporkan hilang.
Polis bagaimanapun masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa.
Ibu bapa ada anak yang terlibat dengan dadah perlu ikuti sesi kaunseling.
Ibu bapa atau penjaga remaja yang bermasalah berkaitan dadah akan diwajibkan untuk ikuti sesi kaunseling.
Agensi Antidadah Kebangsaan berkata cadangan itu termasuk dalam undang-undang baru yang akan digubal untuk tangani masalah dadah di peringkat awal.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather