← Back to list
Talian Nur Alert seharusnya digunakan untuk semua kanak-kanak.
Feb 12, 2019
Penggunaan Nur Alert seharusnya digunakan untuk semua kanak-kanak tanpa mengira taraf kerakyatan!
Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita berkata orang ramai seakan terlupa bahawa kewujudan Nur Alert adalah untuk mengesan kanak-kanak yang hilang.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kes pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Pekan, Pahang baru-baru ini.
Kerajaan tubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi.
4 tokoh korporat wanita antara yang diilantik sebagai ahli Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Foto: Berita Harian
Mereka termasuklah bekas menteri kabinet Tan Sri Rafizah Aziz dan bekas gobenor bank negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Majlis itu akan meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.
Inkues kes kematian Muhammad Adib dijalankan di lokasi rusuhan hari ini.
Hari kedua prosiding inkues kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib diteruskan hari ini di lokasi kejadian rusuhan.
Foto: Kosmo
Hakim berkata ia bagi memberi gambaran sebenar termasuk kedudukan jentera bomba ketika kejadian itu berlaku.
Adib meninggal dunia selepas parah dalam rusuhan di sebuah kuil USJ 25 November tahun lalu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather