← Back to list
Datuk Seri Mohamad Hasan Bukan Lagi Wakil Rakyat DUN Rantau
Feb 18, 2019
Datuk Seri Mohamad Hasan terima keputusan Mahkamah Persekutuan, yang memutuskan kemenangannya di DUN Rantau pada PRU 14, terbatal dan tidak sah.
Dia menghormati keputusan itu, malah bersedia menghadapi PRK yang bakal diadakan.
Datuk Seri Mohamad menang tanpa bertanding kerusi DUN itu pada PRU 14, selepas calon PKR tidak dibenarkan serah borang pencalonan.
Ini merupakan PRK ketujuh dilaksanakan dalam tempoh kurang setahun Pakatan Harapan teraju kerajaan.
Warisan Reda Bersatu Masuk Sabah
Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berkata partinya tidak mampu menghalang Bersatu atau parti lain lebarkan sayap masing-masing ke Sabah.
Namun Warisan akan kekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan dalam usaha memenuhi janji untuk rakyat.
Malah, Datuk Seri Shafie nasihtakan penyokong partinya tidak mengikut emosi berhubung kemasukan mana-mana parti ke negeri itu.
Pengerusi FINAS Lawat AR Badul Di IJN
Pengerusi FINAS Datuk Samsuni Mohd Nor, berkesempatan untuk menziarahi AR Badul di Institut Jantung Negara sebentar tadi.
Katanya, FINAS menunjukkan sokongan dan penghargaan kepada AR Badul atas usaha dan jasa beliau di dalam industri perfileman dan hiburan.
Pihaknya turut hulurkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban beliau.
AR Badul telah diserang sakit jantung pada Ahad lalu dan kini masih menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather