← Back to list
Kanak-kanak maut di Johor Bahru disyaki akibat difteria
Feb 23, 2019
Foto - Berita Harian
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun satu bulan di Johor Bahru meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria pada 21 Februari lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kanak-kanak terbabit tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir.
Foto - Astro Awani
Katanya, kanak-kanak itu mula mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil pada 16 Februari lalu sebelum dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Februari dan dimasukkan ke unit rawatan rapi paediatrik.
Namun kanak-kanak berkenaan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia semalam dengan sebab difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan.
Foto - Sinar Harian
Kementerian Kesihatan menasihati ibu bapa, supaya sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, demam campak, batuk kokol dan lain-lain.
Mereka diminta memaastikan anak-anak diberikan imunisasi kerana ia adalah cara pencegahan penyakit yang berkesan dan selamat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather