← Back to list
Universiti di seluruh negara perlu lebih tegas kuatkuasakan larangan merokok!
Feb 25, 2019
Semua universiti di negara ini digesa agar lebih tegas dalam penguatkuasaan larangan merokok!
Timbalan Menteri Kesihatan berkata ini kerana peraturan larangan merokok dalam kawasan universiti dilihat masih longgar walaupun telah berkuat kuasa sejak beberapa tahun lepas.
Terdahulu, pihak kementerian dilaporkan bercadang untuk kuatkuasakan larangan itu bagi melindungi hak golongan tidak merokok.
Dalam perkembangan berkaitan, Sarawak akan laksanakan larangan merokok di semua premis makanan, berkuatkuasa 1 Mac ini.
5 lagi kanak-kanak disahkan dijangkiti difteria di Johor.
Lima kanak-kanak dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selepas didapati positif difteria.
Foto: NST
Ia termasuklah kakak kepada kanak-kanak lelaki yang maut disyaki akibat difteria beberapa hari lalu.
Menurut Jabatan Kesihatan Johor, dua beradik itu tidak pernah mendapatkan sebarang suntikan imunisasi.
Antara gejala difteria adalah sakit tekak, demam panas, sukar menelan dan bengkak kelenjar leher.
Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi akan diagihkan hujung bulan depan.
1.2 juta penuntut IPT warga Malaysia akan terima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi, BPPT RM100 seorang untuk agihan tahun ini.
Kementerian Kewangan berkata BPPT akan disalur pada hujung bulan depan guna mekanisme sedia ada iaitu kad debit bank.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather