← Back to list
10 Kawasan Di Malaysia Alami Fenomena Gelombang Haba
Feb 25, 2019
Jabatan Meteorologi senaraikan 10 kawasan pada tahap satu dan berjaga-jaga, susulan gelombang haba yang melanda negara ketika ini.
Kawasan-kawasan tersebut ialah Chuping di Perlis, Kubang Pasu, Kota Setar dan Sik di Kedah, serta Muar, Johor.
Turut tersenarai Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta di Perak, Maran di Pahang serta Kepong di KL.
Kawasan terbabit dijangka catat suhu maksimum harian 35 hingga 36.9 darjah celcius, sekurang-kurangnya selama tiga hari.
Golongan Doula Diajak Bertemu Empat Mata
Kementerian Kesihatan minta golongan doula tampil mengadakan sesi temu janji dengan pihaknya bagi mendapatkan maklum balas mengenai amalan itu.
Ia perlu dibuat untuk memastikan keselamatan ibu dan kandungan terjamin semasa proses kelahiran.
Dalam perkembangan lain, pihaknya tidak akan putus asa untuk mewajibkan suntikan imunisasi vaksin walapun ia sukar dilaksanakan secara menyeluruh.
Syukur Semua Penumpang Selamat
Kira-kira 50 orang penumpang terselamat, selepas feri yang dinaiki terbakar, ketika dalam perjalanan dari Langkawi menuju ke Kuala Perlis petang tadi.
Kesemua mangsa diselamatkan oleh beberapa bot persendirian yang berada di sekitar kawasan kejadian.
Kebakaran dipercayai bermula di bahagian belakang enjin bot feri terbabit.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather