← Back to list
Agensi Pengangkutan Awam Darat siasat punca pertengkaran di kaunter perkhidmatannya.
Feb 28, 2019
Agensi Pengangkutan Awam Darat siasat punca insiden pertengkaran yang berlaku di kaunter perkhidmatannya, yang viral baru-baru ini.
APAD dalam satu kenyataan menjelaskan, pelanggan itu sebenarnya tidak menunggu lama sepertimana didakwa dalam video berkenaan.
Sebaliknya, dia tidak berpuas hati kerana tidak dapat berurusan di kaunter itu memandangkan had nombor mencapai had maksimum giliran harian.
Had harga maksimum petrol RON95 diturunkan.
Had harga maksimum petrol RON95 diturunkan kepada RM2.08 berbanding RM2.20 seliter.
Menurut Kementerian Kewangan, pengurangan had maksimum bahan api itu selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Rakyat Malaysia di kawasan sempadan India-Pakistan perlu waspada!
Rakyat Malaysia yang berada di Azad Jammu dan Kashmir atau kawasan sempadan India-Pakistan diminta segera meninggalkan wilayah tersebut.
Wisma Putra mengeluarkan nasihat itu ekoran situasi keselamatan di sempadan 2 negara berkenaan berikutan ketegangan hubungan 2 hala libatkan angkatan tentera mereka.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather