← Back to list
SPRM Selesai Siasatan 23 Transaksi Jual Tanah Milik DBKL
Mar 11, 2019
SPRM sudah jalankan siasatan terhadap 23 transaksi penjualan tanah milik DBKL yang dilakukan di bawah harga pasaran semasa kerajaan terdahulu.
Ujar suruhanjaya itu kepada BH, kertas siasatan berkenaan juga sudah diserah kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.
Semalam akhbar itu melaporkan DBKL berjaya raih hasil tambahan bernilai RM205 juta susulan rundingan semula terhadap 23 transaksi tersebut.
JAKIM Tak Berkompromi LGBT
JAKIM tidak akan berkompromi dengan pihak yang mahu iktiraf LGBT di Malaysia!
Pendirian tegas itu selaras dengan kehendak PM, Malaysia tidak boleh terima sistem nilai yang diamal di negara barat.
Jabatan itu juga kesal dengan tindakan segelintir pihak yang menyertai perarakan Hari Wanita Antarabangsa di Kuala Lumpur, Sabtu lalu yang turut sokong amalan songsang tersebut.
Jaga-Jaga Rakyat Malaysia Di Thailand
Rakyat Malaysia yang berada di Thailand dinasihatkan agar waspada susulan siri letupan terbaru di selatan negara itu.
Namun Wisma Putra memaklumkan, setakat ini tiada kematian dilaporkan dan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tersebut.
Rakyat Malaysia juga digalak mendaftarkan diri dengan Kedutaan Malaysia di Bangkok atau Konsulat Jeneral di Songkla menerusi email dan faks.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather