← Back to list
Sistem eDKK akan mula berfungsi Isnin depan.
Mar 27, 2019
Kerajaan lancar Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak Dalam Daftar Kanak-kanak, eDKK.
eDKK yang mula berfungsi 1 April ini membolehkan semakan terhadap rekod jenayah seksual terhadap golongan itu.
Foto: Kosmo
Sistem yang ditawarkan secara percuma itu boleh digunakan oleh individu atau agensi yang mengambil kakitangan dalam sektor pekerjaan libatkan kanak-kanak.
Nurul Izzah pertahan kritikannya terhadap Tun M.
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini yang mengkritik PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Foto: The Malaysian Insight
Tegas Izzah juga, dia berhak beri kritikan membina dan beri pendapat berhubung perkembangan Pakatan Harapan dalam mengotakan janji pilihan raya, yang dianggapnya perlahan.
Mayat seorang remaja perempuan ditemui tersangkut pada kail seorang pemancing di Kodiang, Kedah.
Mangsa sebelum itu dilapor bertemu dan bertengkar dengan kekasihnya sebelum sama-sama terjatuh ke dalam sungai.
Namun kekasih mangsa tidak buat laporan polis mahupun minta bantuan, dan dia telah ditahan polis untuk siasatan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather