← Back to list
SPR sasar 70 peratus pengundi keluar pada PRK DUN Rantau
Mar 30, 2019
Foto - Bernama
Suruhanjaya Pilihan Raya menyasarkan sebanyak 70 peratus pemilih akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau.
Angka peratusan itu bagaimanapun katanya berkemungkinan meningkat seperti yang dicapai dalam PRK DUN Semenyih.
Foto - Astro Awani
Menurut SPR, beberapa aspek penambahbaikan yang telah dilaksanakan pada PRK sebelum ini akan diteruskan.
Ini termasuklah menambah 11 saluran baharu di pusat mengundi yang mempunyai ramai pengundi iaitu daripada 44 saluran kepada 55 saluran.
Foto - Utusan
Pilihan Raya Kecil DUN Rantau, 13 April depan bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru babitkan calon BN, PH dan dua calon bebas.
Barisan Nasional diwakili penyandang kerusi berkenaan, DS Mohamad Hassan manakala Pakatan Harapan mempertaruhkan Dr S. Streram.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather