← Back to list
Sekolah di Pasir Gudang mula dibuka hari ini.
Mar 31, 2019
Sekolah di Pasir Gudang kembali dibuka!
Foto : Astro Awani
Kesemua 111 buah sekolah di Pasir Gudang yang ditutup akibat pencemaran Sungai Kim Kim lebih 2 minggu lalu telah dibuka semula hari ini!
Tinjauan Astro Awani menunjukkan kehadiran pelajar ke kesemua sekolah terlibat mencapai tahap memuaskan iaitu pasda 90 peratus.
Bagaimanapun, kesemua pelajar dan guru yang hadir ke sekolah masih menggunakan topeng mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga.
---
Kaji semula gaji permulaan siswazah.
Menteri Pendidikan mahu pemain industri kaji semula isu gaji permulaan siswazah yang dilapor semakin menurun.
Dr Maszlee Malik berkata ini kerana pihak kementerian tidak mempunyai kuasa dalam menentukan gaji golongan tersebut.
Jelasnya, apa yang boleh dilakukan pihaknya adalah menyediakan siswa berkemahiran tinggi, terlatih dan kompetitif untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
---
Semua tempat awam akan diwarta sebagai kawasan larangan merokok.
Foto : Astro Awani
Semua tempat awam berkemungkinan akan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok, dalam masa terdekat!
Menteri Kesihatan berkata kerajaan amat komited untuk merealisasikan perkara tersebut dalam usaha memastikan golongan wanita dan kanak-kanak tidak terdedah kepada asap rokok.
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yakin perubahan tersebut boleh dilakukan biarpun ianya bukan sesuatu yang mudah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather