← Back to list
9 daripada 10 kes keracunan di negara ini berlaku di rumah!
Apr 08, 2019
Kira-kira 9 daripada setiap 10 kes keracunan di negara ini berlaku di rumah.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, ini kerana ramai tak sedar betapa banyak bahan toksik digunakan di rumah mereka.
Justeru, pihaknya bercadang untuk mempergiat kempen kesedaran mengenai keracunan di rumah, ke seluruh negara.
Pertemuan MB Johor dengan Perdana Menteri tiada kaitan dengan pertukaran Menteri Besar!
Pertemuan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian bersama Perdana Menteri hari ini tidak ada kaitan dengan khabar angin pertukaran menteri besar!
Foto: The Star
Sebaliknya, jelas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor, ia adalah perjumpaan biasa sebelum berlangsungnya Sesi Pemukiman Kesembilan Pemimpin Malaysia-Singapura di Putrajaya.
Terdahulu ada khabar angin mengatakan akan ada rombakan dalam kepimpinan kerajaan Johor tidak lama lagi.
Bomba tetap akan cari Acap sampai jumpa!
Bomba tetap meneruskan usaha mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan yang sudah 17 hari hilang, sehinggalah mangsa ditemui!
Menurut pasukan itu, pencarian masih dilakukan walaupun dalam skala kecil, membabitkan radius 1 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Berdasarkan pengalaman, pihaknya jangka ada 2 kemungkinan berlaku kepada mangsa, iaitu terjatuh ke kawasan curam dan tersembunyi atau tersesat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather