← Back to list
Minuman yang dibancuh dan dihidang di kedai makan terkecuali daripada cukai gula.
Apr 09, 2019
Penggemar teh tarik tidak perlu risau harga minuman itu naik kerana ianya terkecuali daripada cukai gula!
Kementerian Kesihatan berkata cukai yang bakal dilaksanakan 1 Julai nanti tidak akan melibatkan minuman yang dibancuh dan dihidangkan di premis makanan seperti kedai mamak, warung dan restoran.
Cukai itu diwujudkan sebagai langkah mendidik orang ramai supaya kurangkan pengambilan minuman manis.
Dalam perkembangan lain, pihaknya juga sedang rangka Akta Kawalan Tembakau termasuk penggunaan rokok elektronik dan vape yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini.
Calon SPM boleh ambil peperiksaan untuk satu subjek sahaja.
Murid dibenarkan untuk ambil hanya satu subjek sahaja untuk peperiksaan SPM tapi calon perlu dapatkan kelulusan daripada Lembaga Peperiksaan terlebih dahulu.
Foto: The Star
Kementerian Pelajaran berkata, pelajar dalam kes khas itu hanya menerima penyata keputusan untuk mata pelajaran terbabit.
Untuk mendapatkan sijil penuh SPM, calon perlu ambil 6 subjek wajib dan sekurang-kurangnya kredit untuk subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
Bayi 9 bulan maut selepas makan epal lenyek di taska.
Seorang bayi lelaki 9 bulan meninggal dunia selepas diberi makan epal lenyek oleh pengasuhnya di sebuah taska di Baling, Kedah.
Menurut polis, tiada kesan dera pada badan mangsa dan punca kejadian masih disiasat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather