← Back to list
Kerajaan Suntik Dana Lebih RM6 Billion Kepada Felda
Apr 10, 2019
Kerajaan setuju beri bantuan kewangan lebih 6 billion ringgit kepada Felda.
Ini selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi dedahkan, Felda hadapi masalah kewangan yang teruk selepas ia menyenaraikan FGV di bursa saham pada 2012.
Jelas Datuk Seri Azmin Ali, FGV belanjakan RM3.3 billion yang diterimanya daripada penyenaraian bagi tujuan pelaburan serta pembangunan yang tidak menguntungkan.
Malah lebih RM2.7 billion wang Felda telah disalahguna untuk mendapatkan sokongan politik bagi pilihanraya tahun lepas.
Ia antara intipati Kertas putih Felda yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen hari ini.
Pemangku Menteri Besar Johor Akan Diumum Dalam Waktu Terdekat
Kerajaan sedang meneliti beberapa nama untuk dilantik sebagai pemangku Menteri Besar Johor, selepas Datuk Osman Sapian letak jawatan kelmarin.
Jelas Perdana Menteri, pelantikan pemangku itu akan dibuat secepat mungkin.
Tambah Tun Dr Mahathir, beberapa calon telah disenarai pendek namun kerajaan masih perlukan sedikit masa untuk menentukan calon yang layak.
Tindakan Saman Perokok Tegar Ogos Ini
Kementerian Kesihatan ingatkan tindakan saman terhadap perokok di kedai makan atau restoran, akan bermula mulai Ogos ini.
Pesalah bakal berdepan hukuman denda 10 ribu ringgit atau penjara dua tahun.
Manakala pengusaha yang gagal mematuhi peraturan pula boleh didenda melebihi 3 ribu ringgit atau penjara tidak lebih enam bulan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather