← Back to list
Jumlah anggota bomba wanita akan ditambah, Projek Bandar Malaysia diteruskan, Tengku Mahkota Kelantan nikah gadis Sweden
Apr 20, 2019
Foto - Astro Awani
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, jumlah anggota bomba wanita akan ditambah sehingga 15 peratus menjelang tahun depan.
Ini kerana katanya, daripada kira-kira 140 ribu anggota bomba pada masa ini, hanya lima peratus terdiri daripada golongan wanita atau kira-kira 700 orang.
Justeru, kementerian meminta pihak yang merekrut anggota wanita supaya mengkaji semula proses dan ujian fizikal supaya pengambilan golongan itu dapat dipermudahkan.
Foto - Skyscrapper City
Kerajaan akan meneruskan semula projek Bandar Malaysia dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM140 bilion selepas ia ditangguhkan pada Mei 2017.
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yakin ia akan membawa kesan besar kepada pembangunan bandar bagi Malaysia selain menarik pelaburan langsung asing.
Bandar Malaysia adalah projek pembangunan berkeluasan 197 hektar di bekas lapangan terbang lama Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi.
Foto - Bernama
Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra selamat melangsungkan perkahwinan dengan warga Sweden, Sofie Louise Johansson dalam satu istiadat tertutup di Istana Balai Besar, Kota Bharu malam tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Aria Diraja yang juga Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad pada 8.35 malam.
Istiadat pernikahan itu disusuli majlis persandingan dan jamuan diraja yang dihadiri kerabat terdekat Diraja Kelantan serta kenalan terdekat Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather