← Back to list
Peraturan baru cermin gelap pada kenderaan akan diumumkan awal bulan depan.
Apr 30, 2019
Peraturan baru cermin gelap kenderaan akan diumum awal bulan depan yang menekankan isu ketelusan dari segi proses permohonan, juga meningkatkan hasil kerajaan.
Sejak Mei tahun lalu, kerajaan PH telah membekukan kelulusan permohonan baru penggunaan cermin gelap ekoran terdapat ketirisan dan kelemahan pada dasar sedia ada.
Di bawah peraturan sedia ada, kadar ketelusan cahaya pada cermin depan kenderaan adalah 70 peratus, cermin sisi pemandu 50 peratus dan cermin belakang 30 peratus.
Kerajaan lancar kempen Ramadan Tanpa Pembaziran.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ia sebagai inisiatif meningkatkan kesedaran rakyat tentang pembaziran menjelang Ramadan yang bakal tiba minggu depan.
Menurut laporan MARDI, rata-rata rakyat di negara ini buang 15,000 tan metrik makanan sehari dan jumlah itu meningkat 15 hingga 20 peratus pada Ramadan.
Subjek Sains Pertanian bakal diperkenalkan semula.
Subjek Sains Pertanian yang pernah diajar pada era 70-an dan 80-an akan kembali diajar di sekolah-sekolah.
Foto: Utusan
Ia bertujuan melahirkan usahawan tani yang berpengetahuan seterusnya jana pendapatan dan bekalan makanan negara.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather