← Back to list
KTM Komuter sediakan perkhidmatan tren tambahan sempena Ramadan
May 02, 2019
Foto - KTMB
KTM Komuter akan menyediakan tren tambahan sepanjang bulan Ramadan bagi laluan Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim serta sebaliknya bermula 6 Mei hingga 4 Jun ini.
Penambahan itu bagi memenuhi permintaan tinggi daripada penumpang serta perubahan waktu bekerja sempena bulan puasa khususnya melibatkan kakitangan sektor awam dan swasta.
Foto - KTMB
KTMB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, dua tambahan perjalanan pada waktu puncak akan dibuat bagi laluan dari KL Sentral ke Tanjung Malim, masing-masing satu perjalanan pada 4.26 dan 4.41 petang.
Ia sekaligus menjadikan keseluruhan lima perkhidmatan komuter berbanding tiga waktu perjalanan sedia ada pada 5.42, 6.24 dan 7.31 petang bagi sektor itu.
Foto - KTMB
Jadual waktu terperinci perkhidmatan KTM Komuter bagi Ramadan 2019 boleh dimuat turun daripada laman web rasmi KTMB di www.ktmb.com.my serta di Facebook, Twitter dan Instagram KTMB.
Ia juga boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB yang beroperasi 24 jam setiap hari di talian 03-22671200.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather