← Back to list
SKMM nafi dakwaan telefon milik individu tertentu diintip pihak berkuasa.
May 08, 2019
SKMM nafi dakwaan kononnya telefon milik individu tertentu diintip pihak berkuasa di negara ini.
Jelasnya, dakwaan itu palsu kerana pihaknya tidak pantau aktiviti pengguna aplikasi WhatsApp.
Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan maklumat palsu yang boleh mengelirukan.
PDRM ada 2 pendapat tentang peraturan baru cermin gelap pada kenderaan.
PDRM mendakwa peraturan baru mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan tiada perbincangan bersama pihaknya.
Katanya, ia boleh menyukarkan pasukannya untuk mengesan kesalahan kecil seperti penggunaan telefon pintar ketika memandu atau tidak memakai tali pinggang keledar.
Bagaimanapun, polis trafik KL lebih optimis tentang peraturan baru itu yang dilihat mampu elak kes pecah masuk kereta, kerana penjenayah tidak dapat melihat barang berharga dalam kenderaan.
TPM mahu jadi surirumah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.
Timbalan Perdana Menteri beri bayangan tidak terbabit secara aktif dalam politik selepas suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri akan datang.
Jelas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beliau akan beri tanggungjawab sepenuhnya sebagai Ahli Parlimen Pandan serta sebagai suri rumah.
Beliau berkata demikian dalam temu bual khas sempena setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather