← Back to list
Majlis Senator Malaysia tidak setuju bawa masuk BTS ke Malaysia
May 09, 2019
Foto - Billboard
Majlis Senator Malaysia sebulat suara tidak bersetuju dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan untuk membawa kumpulan Kpop, BTS ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Presidennya, Datuk Seri Khairudin E.S Abd Samad berkata, cadangan itu dilihat kurang bijak dalam mempromosikan kepelbagaian budaya tempatan termasuklah industri muzik kepada pelancong asing.
Foto - Malaysia Kini
Katanya, jika Malaysia mahu memperkenalkan negara ini, seharusnya kerajaan mempelbagaikan lagi segalanya daripada penggiat-penggiat tempatan, termasuk artis-artis tempatan.
Tambahnya, perkara ini akan dikemukakan terus kepada pihak kementerian yang terlibat, terutamanya Kementerian Belia dan Sukan, dalam masa terdekat.
Foto - Astro Gempak
April lepas, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmad dilaporkan berkata dengan kedatangan BTS, ia mampu menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini.
Malah katanya, ia dilihat sebagai satu pelaburan yang menguntungkan buat negara serta mengubah trend agar Malaysia menjadi pilihan destinasi konsert antarabangsa.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather