← Back to list
Majikan perlu wujudkan formula perjanjian supaya pekerja tidak 'lari' selepas latihan kemahiran.
May 28, 2019
Majikan disaran mewujudkan formula perjanjian dengan pekerja supaya mereka tidak 'lari' selepas dapat latihan kemahiran.
Menurut Kementerian Sumber Manusia, disebabkan isu itu majikan lebih gemar ambil pekerja asing bagi elak perniagaan dan syarikat terjejas.
Kata kementerian, formula kerajaan taja pelajar cemerlang belajar di luar negara mungkin boleh diguna pakai majikan untuk pastikan pekerja setia berkhidmat.
Badak sumbu Sumatera jantan terakhir, Tam sudah tiada.
Malaysia kehilangan badak sumbu Sumatera jantan terakhir, Tam dipercayai akibat usia lanjut dan kegagalan organ.
Berita sedih itu disahkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah selepas segala usaha menyelamatkan Tam gagal.
Remaja tembak monyet dalam sangkar mungkin akan didakwa!
PERHILITAN mungkin akan dakwa remaja yang tembak mati seekor monyet dalam kejadian di Bota, Perak, yang videonya viral baru-baru ini.
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli memaklumkan, kertas siasatan kes itu sudah diserahkan kepada Pendakwa Raya.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather