← Back to list
Kedudukan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pelajaran selamat.
May 29, 2019
Kedudukan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pelajaran selamat!
Perdana Menteri berkata beliau tiada masalah dengan Dr Maszlee, walaupun prestasi beliau sering dipersoalkan selain kontroversi yang dikaitkan dengannya.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian ketika mengulas mengenai satu petisyen terbaru yang mendesak Maszlee digugurkan daripada kabinet.
Petisyen itu dipercayai ada kaitan dengan kenyataan Maszlee yang mengaitkan isu kuota kaum matrikulasi dengan isu kelayakan mendapat pekerjaan yang tidak adil dan didominasi kumpulan tertentu.
Jelas Tun M, tindakan Maszlee mempertahankan kuota matrikulasi untuk bumiputera tidak bermaksud beliau rasis dan perkara itu tidak didlihat sebagai masalah buatnya meneruskan tugas menteri.
Suruhanjaya Tenaga diberi tempoh 14 hari siasat isu bil elektrik naik.
Kerajaan beri tempoh 14 hari kepada Suruhanjaya Tenaga untuk siasat isu kenaikan mendadak bil elektrik ketika ini.
Ia susulan banyak aduan diterima daripada pengguna dari seluruh negara mengenai bil elektrik tinggi yang dikenakan oleh TNB.
Tegas kerajaan, tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya TNB lakukan kesilapan atau kesalahan.
Facebook akan teruskan program perintis berskala besar, Terragraph di Cyberjaya tahun ini.
Program perintis yang memberikan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan harga berpatutan itu sudahpun dilaksanakan di Georgetown.
Terdahulu, pejabat Facebook di Malaysia dirasmikan oleh Perdana Menteri di KL.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather