← Back to list
Penumpang KLIA 2 Perlu Berada Tiga Jam Lebih Awal Sempena Aidilfitri
Jun 03, 2019
Orang ramai diminta berada di KLIA 2, tiga jam lebih awal daripada waktu pelepasan sempena Aidilfitri ini.
Ini kerana, lapangan terbang terbabit akan mengendalikan kira-kira 50 ribu penumpang sehari.
Penumpang juga dinasihatkan mendaftarkan diri melalui laman web AirAsia atau telefon bimbit, bagi melancarkan urusan perjalanan.
200 Bas Tambahan Dibuat Tampung Permintaan Pelanggan
Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia sediakan 200 bas tambahan untuk bolehkan orang ramai dapat pulang ke kampung sempena Hari Raya.
Katanya, permintaan tinggi diterima bagi destinasi ke Pantai Timur iaitu lebih 80 bas berbanding ke utara dan selatan.
Kesemua pengendali bas tambahan berkenaan mematuhi peraturan ditetapkan termasuk memiliki Lesen Perubahan Sementara
Peniaga Bazar Ramadan Dataran Syahbandar Minta Waktu Tamat Operasi Perniagaan Dilanjutkan
Persatuan Tunas Usahawan Terengganu minta kerajaan negeri pertimbangkan semula arahan agar peniaga di Bazar Ramadan di Dataran Syahbandar menamatkan operasi perniagaan pada 29 Ramadan.
Ini kerana, kebanyakkan pembeli gemar beli di saat-saat akhir untuk mendapat potongan harga yang lebih murah.
Sebelum ini, peniaga di bazar ramadan itu beroperasi sehingga awal pagi Aidilfitri.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather