← Back to list
Datuk Seri Shukri Abdul kota janji kepada Perdana Menteri
Jun 08, 2019
Datuk Seri Shukri Abdul kota janji kepada Perdana Menteri
Foto - Berita Harian
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull dedahkan, beliau bukan meletak jawatan tetapi hanya memendekkan tempoh perkhidmatan yang sepatutnya tamat pada 17 Mei 2020.
Malah Datuk Seri Shukri berkata, keputusan meninggalkan jawatan itu telah dibuat seawal bulan Mac yang lalu bagi mengotakan janji untuk menerajui SPRM bagi tempoh setahun sahaja.
Tambahnya, beliau juga telah mencadangkan dua nama pegawai kanan SPRM sebagai penggantinya namun tidak dipilih PM yang memilih Latheefa Koya sebagai penggantinya.
-----
Kerajaan cadang wajibkan peniaga dalam talian berdaftar dengan SSM
Foto - BERNAMA
Kerajaan kaji cadangan untuk mewajibkan peniaga dalam talian berdaftar dengan SSM bagi atasi kes penipuan perniagaan secara online.
KPDNHEP berkata, buat masa ini tiada undang-undang khusus yang mewajibkan peniaga terbabit berdaftar dengan SSM.
Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen beritahu BHOnline, pihaknya memandang serius kes penipuan perniagaan dalam talian yang disifatkan semakin menjadi-jadi.
-----
Tiket perkhidmatan ETS dan Intercity KTMB masih banyak
Foto - KTMB
Masih ada lebih 150,000 tiket kereta api untuk mereka yang ingin kembali dari kampung halaman ke KL selepas cuti hari raya sehingga 16 Jun ini.
Menurut KTMB, ini termasuklah tiket perkhidmatan tren ETS dan antara bandar Utara ke Selatan serta Pantai Timur dan sebaliknya.
Namun orang ramai dinasihat untuk dapatkan tiket dengan segera kerana kadar jualan tiket adalah pantas memandangkan cuti sekolah dan hari raya berakhir hujung minggu ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather