← Back to list
Jangan dekati perkampungan Orang Asli Kuala Koh
Jun 10, 2019
Foto - Bernama
Orang awam dinasihatkan tidak masuk ke perkampungan Orang Asli Kuala Koh dekat Gua Musang, Kelantan kerana jangkitan kuman di paru-paru mudah merebak.
Menurut Kementerian Kesihatan, siasatan pihaknya kini menjurus kepada penyakit itu, berbanding jangkitan tibi yang pernah diuar-uarkan sebelum ini.
Foto - Kosmo
Tambahnya, pemeriksaan dan diagnosis petugas perubatan dari Kementerian Kesihatan mendapati rawatan terhadap hampir kesemua Orang Asli menunjukkan simptom yang sama.
Menerusi kenyataan di Twitter Kementerian Kesihatan turut memaklumkan, punca sebenar akan diketahui dalam waktu terdekat.
Foto - FMT
Kementerian itu bersedia mengendalikan bedah siasat terhadap 14 Orang Asli yang didakwa meninggal dunia sekiranya mempunyai permintaan untuk berbuat demikian.
Namun katanya, langkah itu mungkin sukar dilakukan kerana kementerian dimaklumkan bahawa polis tidak mengetahui lokasi sebenar mayat Orang Asli daripada suku kaum Batek terbabit dikebumikan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather