← Back to list
"Latheefa Koya lurus dan serius dalam melaksanakan tugasnya"
Jun 11, 2019
Lurus dan serius dalam melaksanakan tugasnya.
Itu kriteria yang dimiliki oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Latheefa Koya menurut penilaian Perdana Menteri.
Jelas Tun Dr Mahathir Mohamed, beliau yakin Latheefa adalah pilihan tepat memandangkan hanya orang yang benar-benar layak sahaja dapat menjawat jawatan penting.
Dalam perkembangan lain, Kementerian Pendidikan sambut baik cadangan Latheefa untuk membentuk budaya bebas rasuah dalam bidang pendidikan.
Menterinya, Maszlee Malik berkata ini kerana pendidikan adalah teras penting dalam mendidik masyarakat mengenai keburukan jenayah rasuah.
Perdana Menteri merasmikan Pusat Industri Pintar pertama di Malaysia.
Perdana Menteri merasmikan Pusat Industri Pintar pertama di Malaysia yang berkonsepkan perkongsian peralatan dan data operasi perkilangan berteknologi tinggi.
Pusat yang dibangunkan di Melaka itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun depan.
Operasi mencari mayat Orang Asli Kampung Kuala Koh yang ditanam akan bermula hari ini.
Operasi mencari 12 mayat Orang Asli yang dikebumikan secara adat di dalam hutan di Kampung Kuala Koh akan bermula hari ini.
Polis berkata operasi mencari mayat itu penting supaya bedah siasat boleh dijalankan bagi mencari punca kematian mereka.
Sehingga kini 14 masyarakat Orang Asli di kawasan itu meninggal dunia dengan dua daripadanya disahkan berpunca daripada radang paru-paru.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather