← Back to list
Ainul Mardhiah sudah selamat jalani pembedahan.
Jun 12, 2019
Bayi viral, Ainul Mardhiah sudah selamat jalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulutnya!
Malah bayi berkenaan juga dilapor sudah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil di sebuah hospital di London.
Perkongsian bapanya mengenai berita baik itu juga sudah mendapat lebih 13,000 reaksi dan 5,000 pengkongsian pengguna di Facebook.
Polis minta kerjasama orang ramai untuk salur maklumat berhubung satu video kes dera bayi.
Menerusi paparan video berdurasi seminit 35 saat itu, kelihatan seorang wanita dipercayai penjaga bertindak kasar termasuk memukul dan menghempas bayi berkenaan.
Mana-mana pihak atau individu yang ada maklumat boleh hubungi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman atau mana-mana balai polis berdekatan.
Nampaknya kita mungkin perlu bersedia hadapi kenaikan yuran perundingan klinik swasta.
Ia ekoran Kementerian Kesihatan memaklumkan, pihaknya akan bentang sekali lagi kepada Kabinet hasrat pengamal perubatan am swasta untuk menaikkan yuran itu.
Kadarnya ketika ini ialah antara RM10 hingga RM35 dan mahu dinaikkan kepada antara RM35 hingga RM125 selepas kali terakhir disemak pada 2006.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather