← Back to list
Tiada sindiket culik kanak-kanak untuk penjualan organ di negara ini.
Jun 18, 2019
PDRM sekali lagi nafi dakwaan kononnya terdapat sindiket culik kanak-kanak untuk penjualan organ di negara ini.
Pihaknya gesa masyarakat agar berhenti menyebarkan berita palsu itu kerana boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Orang ramai juga katanya perlu tahu bahawa pemindahan organ hanya boleh dibuat secara sah oleh pakar perubatan dan bukannya sembarangan orang.
Malaysia tetap dengan pendirian untuk tolak unsur LGBT dalam kalangan masyarakat negara ini.
Itu ketegasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjawab persoalan mengenai pendirian kerajaan mengenai LGBT, di Cambridge Union, Ahad lalu.
Jelas Tun M, Malaysia berpegang teguh kepasa nilai moral berlandaskan agama, adat dan budaya yang sudah lama diterapkaan dalam kalangan masyarakat.
Dalam perkembangan lain, Tun M sempat melawat bayi viral, Ainul Mardhiah yang telah selamat jalani pembedahan buang tumor pada mulutnya, di London minggu lalu.
Beliau gembira dengan sikap prihatin rakyat Malaysia hingga membolehkan bayi itu terima rawatan di sana.
Calon SPM tikam guru kaunselingnya dipercayai berang dibuang sekolah.
Di Kuala Langat, seorang guru kaunseling cedera ditikam pada bahu oleh pelajarnya dipercayai berang kerana bakal dibuang sekolah.
Polis Selangor berkata mangsa kini dirawat di hospital dan dilaporkan stabil manakala suspek akan direman hari ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather