← Back to list
Datuk Seri Mohamad Azmin Ali Yakin Orang Dalaman Parti Sebarkan Video Intim
Jun 18, 2019
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin penularan video seks kontroversi yang dikaitkan dengannya, dilakukan oleh pihak dalaman parti.
Namun, beliau tidak mahu mengulas lanjut dalang yang lakukan penyebaran itu kerana ia dalam siasatan polis.
Sementara itu, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Aziz yang mengaku terlibat satu video intim, telah serahkan surat tunjuk sebab kepada kementerian itu.
Keputusan mengenai posisinya akan diputuskan dalam masa satu atau dua hari lagi.
12 Kes Disyaki Demam Campak Di Perkampungan Orang Asli Di Hulu Terengganu
Kementerian Kesihtaan sahkan menerima laporan 12 kes disyaki demam campak di perkampungan Orang Asli di Kampung Gerdong, Hulu Terengganu.
Manakala lapan kes lagi dilaporkan di Kampung Ulu Sat, Jerantut, Pahang.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kesihatan Kelantan akan beri suntikan vaksin menyeluruh minggu ini kepada penduduk sekitar Kuala Koh yang terdedah dengan wabak demam campak.
Tiada Kes Dera!
Pemilik sebuah pusat jagaan warga emas Seremban nafi dakwaan, kakitangannya mendera penghuni seperti yang tular dalam media sosial.
Dia mengesyaki perkara tersebut ditularkan oleh dua bekas pekerja pusat itu, yang diberhentikan kerja baru-baru ini.
Tambahnya, rakaman video seorang kakitangan seolah-olah mempermainkan warga emas di pusat jagaan itu pula sebenarnya dirakam semasa mereka bergurau.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather